Saturday, 24 October 2015

BBK3408 :Dubsmash (Berkumpulan)

                                                                    Dubsmash


Dubsmash ialah perbuatan meniru mimik muka, gaya yang terdapat dalam aplikasi dubmash. oleh itu kami telah ditugaskan untuk membuat 2 jenis dubmash untuk dibentangkan iaitu dubmash lagu dan dubsmash lakonan...ntuk nyanyian kami memilih lagu dikir barat iaitu lagu "Gomo Klate Gomo"
dan lakonan pula ialah filem "Maria Mariana"



Ni Video Klip Kumpulan Kami Yer...


Ni link untuk video ini sekiranya berlaku sebarang kesulitan yer..

https://www.youtube.com/watch?v=FYltqFwDjJs


*HAKCIPTA TERPELIHARA SUEDRAGON


BBK3408: Kalendar

Sebelum ini kami ditugaskan untuk membuat kalendar tahun 2016  menggunakan perisian Adobe Photoshop dan ini ialah hasilnya dalam bentuk kalendar yang sebenarnya...

Jeng...Jeng...Jeng...






























BBK3408: Vine

Dalam tugasan kali ini kami dikehendaki untuk membuat satu vine bagi setiap kumpulan dan perlu dimasukkan ke dalam laman vine tersebut... Ini ialah video vine kami...

Selamat menonton...


                                           https://www.youtube.com/watch?v=yLgJXEqxwj0



*HAKCIPTA TERPELIHARA SUEDRAGON



BBK3408: Instagram (Bernilainya 'Like' Dr. Normaliza)

Dalam post kali ini saya ingin menekankan tajuk tersebut kerana tanpa like 'drnormaliza' bermakna tiada markahlah kami semua. Dalam tugasan ini kami semua diarahkan memasukkan seberapa banyak gambar istagram ke dalam akaun kami (taknak yang google) sampai kami semua dapat  like dr... Yang penting wifi tu selalu on sebab nak tengok dr like ke tak...kalau dapat like waaauuuuuwww (sambil melompat-lompat gitu) (nasib lompat time tak ada orang kalau tak tak tahu lar)...Nasib baik jugak dr tak mintak 20 kalau tak (pun tak tahulah-redha jelah)...Ini antara contoh gambar aku yang dah dapat 10 like dari dr...
Terima Kasih Dr. Normaliza Abd Rahim...




Kredit : Kawan






* HAKCIPTA TERPELIHARA SUEDRAGON

BBK3408: Permainan (Berkumpulan)

                              
                                              Permainan (Berkumpulan)


Pada minggu ini kami telah ditugaskan untuk membuat satu video yang khusus untuk tontonan kanak-kanak iaitu cara untuk memasang sesebuah permainan yang baru sahaja dibeli di kedai. Kami juga mesti memastikan bahawa video yang dilakukan mesti one shot dan berdurasi 2 minit sahaja. Sepanjang tempoh nak buat video ni mencabar sikit sebab kami perlu memastikan tiada bunyi bising di sekeliling kami...(Time ni la budak junior nak buat bising plak siap menyanyi-nyanyi bagai)..Apa lagi sebagai akak senior (akak sangat) aku pergilah larang diorang daripada buat bising tapi nasib baik diorang ni dengar jugak cakap aku (hahahaha)     

              

Time ni jugalah diadakan sesi ujibakat tangan yang paling cantik (konon) sebab aspek tangan memainkan peranan yang penting agar video tersebut memberi kesan yang positif terhadap kanak-kanak.

Disini aku sertakan link video tersebut sekiranya berlaku kesulitan...Selamat menonton.


                        https://www.youtube.com/watch?v=x2LaAF6Z6fg







                                                  *HAKCIPTA TERPELIHARA SUEDRAGON


BBK3408: One Shot "Dua Insan"

 Tugasan Berkumpulan Keempat

Selepas kami semua berjaya menyiapkan video klip one shot, one shot 2 layer dan juga one shot 3 layer, pensyarah kami iaitu Prof Madya dr. Normaliza telah mengarahkan kami semua agar membuat satu lagi video klip tetapi temanya berbeza sedikit kerana Dr. telah memeberikan lagu yang sama untuk dijadikan video klip kami semua iaitu Lagu 'Dua Insan' yang dipopularkan oleh M. Nasir dan juga Yunizar Hussein dan Dr. ingin melihat kreativiti kami dalam menghasilkan video tersebut. Ini merupakan video yang telah kumpulan Bidadari Multimedia siapakan...


 Dah lama tak jadi watak lelaki...yang penting still nampak gangster...jeng jeng jeng



Ni dia link youtube video ini sekiranya anda semua tidak dapat akses kepada video ini...Selamat menonton semua dan terima kasih....

                                     https://www.youtube.com/watch?v=vRQRNaTAfQA


Seperti biasa, ini gambar yang kami semua ambil selepas siap penggambaran video klip tersebut...






*HAKCIPTA TERPELIHARA

BBK3408: Pembentangan Quarter Flat Lay & Flat Lay

Presentation Kedua

Kini, aku sudah biasa untuk menjengah ke blogku untuk mengemaskini statusnya atau untuk menulis blog yang berkaitan dengan kursus Kesusasteraan dalam Multimedia ini...Dahulunya aku pernah berangan-angan untuk membuka blog tetapi semestinya aku tidak tahu bagaimana untuk membuka akaun blog apatah lagi untuk mengepos apa-apa dalam blog tersebut kerana aku takut sekiranya terdapat perkara-perkara yang mungkin akan membuatkan aku berada dalam 'bilik besi'...hehehe

Ok sebenarnya aku ingin kongsikan tugasan presentation kedua yang telah kumpulan kami masukkan dalam laman youtube...Pada kali ini kami diberikan amanah untuk menyiapakan presentation flat lay dan quarter flat lay...Pensyarah mengarahkan agar memilih barangan yang berbeza untuk gambar flat lay dan quarter flat  lay pula mestilah gambar makanan kerana gambar makanan lebih sesuai...
Ini hasil presentation kumpulan kami yang dah kami kongsikan di laman youtube...harap terhibur semua yer...




seperti biasa, sekiranya awak-awak semua menghadapi masalah untuk membuka video ini, saya ada sertakan sekali linknya di youtube agar lebih memudahkan awak-awak semua...

https://www.youtube.com/watch?v=o6T1ZXyOXKc&feature=youtu.be

Terima kasih semua...



*HAKCIPTA TERPELIHARA

Thursday, 22 October 2015

BBK3408: One Shot Three Layer (Berkumpulan)

Tugasan Berkumpulan Ketiga

Setelah selesai tugasan video yang kedua maka kami semua telah ditugaskan untuk membuat video klip yang ketiga pula iaitu one shot tiga layer...Kami satu kumpulan berkumpul dan seperti biasa memberikan pendapat masing-masing untuk menghasilkan video tersebut...Kali ini kami membuat kelainan sedikit dengan membuat video klip yang bertemakan suasana hari raya pula...
Nah ini dia video klip yang dihasilkan oleh kumpulan kami....Bidadari Multimedia


Sekiranya kawan-kawan semua tak dapat tonton video kami, di sini saya sertakan sekali dengan linknya yer...Selamat terhibur semua....

https://www.youtube.com/watch?v=DftMrHD7b2w

Seperti biasa ini gambar  yang kami ambil selepas tamatnya penggambaran video klip kumpulan kami...







*HAKCIPTA TERPELIHARA

BBK3408: Fotografik (Jenis-jenis Shot)

Presentation Pertama

Pada hari ini, aku masih lagi memberikan senaman kepada jari-jemariku yang montel ini untuk menulis post yang berkaitan dengan tugasan dan yang pasti atau tidak lain tidak bukan ialah tugasan BBK3408 Kesusasteraan dalam Multimedia...Pada minggu yang lepas-lepas, selain ditugaskan untuk menyiapkan video one shot, kami juga diminta untuk mengambil gambar seperti:

1) Long Shot
2) Full Shot
3) Medium Shot
4) Mug Shot
5) Selfie 
i) Manusia
ii) Pemandangan
6) Wefie
i) Manusia
ii) Pemandangan
7) Flat Lay
8) Half Flat Lay
9) Quarter Flat Lay
10) Zero Flat Lay
11) Over The Shoulder

Disini saya ada sertakan video tugasan ini sekiranya awak-awak semua ingin menonton yer....Selamat terhibur





Saya juga ada sertakan link youtube tersebut sekiranya awak-awak semua menghadapi masalah untuk membukanya yer..

https://www.youtube.com/watch?v=R18oM1cBm04&feature=youtu.be

*HAKCIPTA TERPELIHARA SUEDRAGON

BBK3408: One Shot Two Layer (Berkumpulan)

Tugasan Berkumpulan Kedua

Pada minggu yang seterusnya, kami secara berkumpulan telah ditugaskan untuk menghasilkan video one shot lagi..Tapi kali ini lain sikit sebab ianya mesti dua layer....Jadi kami semua telah berbincang dan ini dia hasilnya...Harap semua dah tonton yer...



Sekiranya awak-awak semua tak dapat tonton video klip kami, di sini saya sertakan linknya yer...

https://www.youtube.com/watch?v=WIKCTJ3-hF0

Ni gambar yang kami ambil selepas selesai penggambaran tersebut....




*HAKCIPTA TERPELIHARA



Wednesday, 21 October 2015

BBK3408: Asas Grafik (Mounting Board)

Dalam banyak-banyak tugasan Dr. yang ni yang paling aku lupa nak masukkan iaitu proses tampal menampal. Dr. sebelumnya ada bagitahu bahawa kami diarahkan agar membawa majalah untuk poster 'cut and paste' jadi semua barang dah kami siapkan dan bila sampai untuk buat semua tugasan tu semuanya kelam kabut sebab ianya perlu mengikut 5 kriteria yang Dr. berikan iaitu
1.Mudah (tak banyak tulisan maknanya)
2. Warna (higlight yang mana)
3.Teks (teks yang pelbagai dan tak panjang)
4. Kesesuaian (warna background belakang)
5. Keseimbangan (gambar tu la seimbang ke tak dengan teks-teks sekali)

Yang paling penting dalam proses tu kami semua belajar untuk bekerjasama sebab masanya sangat terhad....

Ini contoh yang kami hasilkan...






*HAKCIPTA TERPELIHARA SUEDRAGON


Sunday, 18 October 2015

BBK3408: One Shot Video Klip (Berkumpulan)

Tugasan Berkumpulan Pertama...

Sebenarnya aku tak tahu apa tugasan yang bakal menanti diriku dan teman-teman seperjuangan...
Akhirnya pada kuliah yang pertama kami telah diberikan tugasan untuk menghasilkan satu video one shot..Pada mulanya aku terfikir jugak...apa benda tu???Tapi selepas Dr.Normaliza menunjukkan contoh video senior-senior kami dulu barulah dapat idea sikit apa itu one shot video klip...Kami sekumpulan yang digelar Bidadari Multimedia akhirnya dengan bersusah payah berjaya juga menghasilkan satu klip video one shot untuk kursus BBK3408 ini...
Nah ini dia video kumpulan kami yang pertama tu...Harap terhibur la yer...

                                           

https://www.youtube.com/watch?v=DJzvkxzSkiM


ok...oleh kerana ada masalah pula nak masukkan video ini jadi saya masukkan link sebagai bukti tugasan berkumpulan pertama ini dah saya jalankan....ok selamat menonton semua..
Jeng..jeng...jeng...Ni dia gambar kumpulan kami yang kami ambil selepas penggambaran itu dilakukan...

*HAKCIPTA TERPELIHARA SUEDRAGON




Friday, 16 October 2015

BBK3408: Tentang Diriku

                                                                 
                                                                   Tentang Diriku......







Aku dilahirkan pada 15 Januari 1992 di Hospital Machang, Kelantan. Aku diberikan nama yang cukup indah bagiku iaitu Suzila...Ayahku bernama Ibrahim dan ibuku bernama Rakiah...Keluarga kami merupakan sebuah keluarga yang besar kerana terdiri daripada 10 orang adik beradik...Aku merupakan anak yang ke-7. Aku mendapat pendidikan awal di TABIKA Kampung Pek dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampong Pek yang lebih dikenali sebagai SKKP dari darjah 1 sehingga ke darjah 6...Seterusnya, aku bersekolah di Sekolah Menengah Seri Intan (SMSI) dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6...Akhirnya aku melanjutkan pelajaranku di peringkat Ijazah di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Sastera (Kesusasteraan Melayu) sehingga kini...Alhamdullillah ini adalah semester terakhirku dan aku berdoa agar aku mampu menghabiskan pelajaranku dalam peringkat ijazah dengan cemerlang....

SEMOGA AKU MAMPU MENJADI ANAK YANG MENGENANG JASA KEDUA ORANG TUAKU YA ALLAH...
AMIN...


*HAKCIPTA TERPELIHARA