Tentang Diriku......
Aku dilahirkan pada 15 Januari 1992 di Hospital Machang, Kelantan. Aku diberikan nama yang cukup indah bagiku iaitu Suzila...Ayahku bernama Ibrahim dan ibuku bernama Rakiah...Keluarga kami merupakan sebuah keluarga yang besar kerana terdiri daripada 10 orang adik beradik...Aku merupakan anak yang ke-7. Aku mendapat pendidikan awal di TABIKA Kampung Pek dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampong Pek yang lebih dikenali sebagai SKKP dari darjah 1 sehingga ke darjah 6...Seterusnya, aku bersekolah di Sekolah Menengah Seri Intan (SMSI) dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6...Akhirnya aku melanjutkan pelajaranku di peringkat Ijazah di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Sastera (Kesusasteraan Melayu) sehingga kini...Alhamdullillah ini adalah semester terakhirku dan aku berdoa agar aku mampu menghabiskan pelajaranku dalam peringkat ijazah dengan cemerlang....
SEMOGA AKU MAMPU MENJADI ANAK YANG MENGENANG JASA KEDUA ORANG TUAKU YA ALLAH...
AMIN...
*HAKCIPTA TERPELIHARA

No comments:
Post a Comment