Pertama kali aku masuk kelas Kesusasteraan dalam Multimedia aku terkejut melihat pensyarahnya sebab aku belum pernah mengenali atau melihat Dr. Normaliza secara dekat atau rapat. Sebelum aku melangkah ke semester sekarang, aku ada mendengar khabar daripada akak-akak senior yang menasihatkan kami supaya mengambil subjek ini lebih awal . Apabila ditanyakan sebab mengapa mereka berkata sedemikian maka mereka mengatakan bahawa kusrus ini memang banyak kerja untuk dilakukan . Namun kami hanya mengambil enteng perkara tersebut kerana penyelaras atau penasihat akademik menasihatkan kami agar mengambir kursus mengikut pakej yang telah ditetapkan oleh pihak universiti untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan nanti.
Setelah semester yang terakhir ini menjelma kami semua satu kelas terkejut melihat Dr. Normaliza. Bukan kerana perkara lain tapi kerana amaran-amaran yang diberikan oleh beliau kepada kami. Antara contohnya beliau paling tidak suka sekiranya ada diantara kami yang lambat masuk kelas dan sekiranya ada pembentangan akan diberikan markah kosong (time tu dah terkejut biawak betul)...
Lagi terkejut bila masuk kelas jer terus ada tugasan nak kena buat one shot (apa benda la tuh) video la plak...Kami semua memang terkejut sebab memang tak pernah dengar ada jugak video klip yang macam tu (biasalah budak sastera kan klasik sikit). Tapi bak kata orang tak kenal maka tak cinta..
Aku sebenarnya bersyukur jugak ada subjek ni walaupun pada mulanya memang rasa tak mampu nak teruskan sebab disebabkan oleh subjek ni kami semua down sebab nak fikirkan macam mana nak siapkan tugasan demi kumpulan kami dan diri kami sendiri kami gagahi jugak (redha katakan). Tapi akhirnya kalau difikirkan balik banyak faedah yang aku perolehi dengan kursus ini. Ini kerana sebelum ini banyak perkara yang aku tak tahu mengenai teknologi tapi sekarang dah kurang..
Lebih-lebih lagi pengetahuan tentang adobe photoshop, dulu aku pernah dengar jer tapi disebabkan subjek ni aku kena explore benda ni..Tapi akhirnya aku tahu menggunakan benda ni..Begitu jugak dengan app lain.. Rupanya makin bertambah kemahiran teknologi aku (terima kasih Dr. Normaliza)...Walaupun pernah bergurau nak culik dr supaya tak bagi kerja lagi (gurau jer Dr.) tapi apa yang dr arahkan supaya buat tu sememangnya memberi banyak manfaat kepada kami...
Sekarang kalau orang suruh ajarkan guna movie maker, adobe photoshop, proshow, publisher ke apa aku dah tahu dan kalau dalam resume aku nanti pon aku boleh masukkan perkara ni...
Akhir sekali, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Dr. Normaliza kerana sanggup ajar kami subjek ini, walaupun banyak kerja yang Dr. berikan kepada kami dan walaupun kami banyak merungut tentang itu tapi kami semua sedar yang semua itu hanyalah untuk kebaikan kami semua...Kami mohon agar Dr. dapat halalkan ilmu yang Dr. berikan dan maafkan segala kesalahan yang kami lakukan atau perkara yang pernah melukakan hati Dr..
TERIMA KASIH DR. NORMALIZA DAN MAAFKAN KAMI SEKIRANYA PERNAH MELUKAKAN HATI DR. SEPANJANG MENGAMBIL SUBJEK INI. SEMOGA SATU HARI NANTI KITA SEMUA DAPAT BERJUMPA LAGI...WALAUPUN DR. TAKKAN INGAT WAJAH KAMI SUATU HARI NANTI BILA KITA BERJUMPA NAMUN KAMI YANG AKAN MENEGUR DR. DAHULU DAN KAMI AKAN PASTIKANNYA DR. TERIMA KASIH DR. ATAS DIDIKAN DR..,KAMI SEMUA SAYANG DR. NORMALIZA...
Thursday, 10 December 2015
BBK 3408 : Ulasan Buku Learning Through Blog Writing Embracing The Technology
Buku
Learning Through Blog Writing Embracing The Technology telah ditulis oleh Prof. Madya Dr.Normaliza Binti
Abdul Rahim dan telah diterbitkan oleh Penerbit UMT, Universiti Malaysia
Terengganu, Kuala Terengganu. Buku ini mengandungi sembilan bab kesemuanya
iaitu Bab pertama ialah tentang apa itu blog dan penulisan blog. Pengkaji telah
menyatakan bahawa blog ialah satu bentuk perbincangan dalam bentuk penulisan formal
atau tidak formal. Blog boleh digunkan untuk tujuan peribadi sebagai jurnal
mahupun sebagai medium untuk berbisnes. Blog
merupakan aplikasi yang mesra pengguna kerana senang untuk diuruskan malahan
penulis blognya juga boleh mengemaskini kandungan blog mereka walau dimana
sahaja mereka berada asalkan adanya
sambungan internet di kawasan tersebut. Blog merupakn medium sosial yang tidak
dikenakan caj penggunaanya. Namun penulis blog seharusnya peka terhadap sensitivity
masyarakat sekiranya mahu membuat penulisan dalam blog mereka. Ramai pengkaji
tang menyarankan tips-tips berguna agar penulisan blog mereka menjadi tatapan
masyarakat.
Bab
kedua pula ialah bab yang membincangkan tentang pembelajaran menerusi penulisan
blog. Dalam bab ini pengkaji menyatakan bahawa pembelajaran menerusi media blog
memberikan manfaat yang berguna kepada orang lain. Walaupun begitu, banyak juga
kajian mendapati bahawa penulisan dalam blog juga dapat menyebarkan fitnah dan
memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat umumnya. Kajiankajian yang
dilakukan terhadap penggunaan blog mendapati bahawa blog merupakan aplikasi
yang popular digunakn dalam kalangan masyarakat kerana blog pengguna blog
mempunyai privasi dalam menyuarakan idea atau luahan hati mereka dalam penulisan
blog mereka itu. Ini bermakna hanya segelintir sahaja iaitu kawan-kawan sahaja
yang dapat mengakses atau melihat penulisan blog mereka. Bukan itu sahaja,
penulisan blog juga dapat memberikan peluang kepada pelajar luar negara untuk
mempelajari dengan lebuh lanjut tentang bahasa Melayu.
Bab ketiga pula ialah bab yang
membincangkan tentang perspektif terhadap pembelajaran menggunakan blog.
Pengkaji telah menfokuskan perspektif pelajar dalam pembelajaran blog ini.
Pelbagai kajian telah dilakukan untuk mendapat data kajian termasuklah membuat
kajian terhadap pelajar-pelajar Korea yang mempelajari bahasa Melayu dalam
pembelajaran mereka. Hasilnya kajian ini dibahagikan kepada tiga bahadgian
iaitu pembelajaran dalam kesusasteraan, bahasa dan multimedia. Kajian yang
dilakukan ini mendapati bahawa pelajar lebih yakin untuk membuat penulisan
dalam blog mereka masing-masing disamping dapat memberikan manfaat yang lain
kepada mereka. Ini kerana, dengan penulisan tersebut mereka dapat kongsikan
pembelajaran tentang bahasa Melayu kepada rakan-rakan sekelas yang lain. Secara
tidak langsung pengkaji mendapati bahawa kajian beliau telah memberi manfaat
kepada pelajar-pelajar Korea tersebut dengan membantu mereka memahami kesusasteraan Melayu dan bahasa Melayu itu
sendiri. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu pengkaji-pengkaji lain untuk
mefokuskan teknologi lain untuk memperkembangkan penulisan bahasa kedua itu.
Bab
keempat pula ialah bab yang membincangkan tentang penulisan dalam blog dapat
memantapkan pembelajaran. Pengkaji telah menyatakan bahawa fokus kajian dalam
bab ini ialah untuk mengkaji penulisan blog. Objektif kajiannyan ialah untuk
mengenalpasti dan membincangkan tentang kandungan penulisan blog dalam kalangan
pelajar. Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar Korea yang mempelajari bahasa
Melayu sebagai bahasa asing di Universiti Hankuk dalam pengajian bahasa asing.
Penulisan dalam blog mereka hanya melibatkan aktiviti yang mereka lakukan
sepanjang pengajian semester itu. Data
kajian ini dianalisis oleh pengkaji berdasarkan jantina yang berbeza. Kajian
yang dilakukan oleh pengkaji ini mendapati bahawa penulisan dalam blog ini
dapat membantu mempertingkatkan pembelajaran mereka dalam bahasa asing. Ini
kerana, inovasi dan kreativiti yang mereka ada dapat menggalakkan mereka untuk
meneruskan pengajian tersebut. Penulisan dalam blog juga dapat membantu
meningkatkan keyakinan pelajar kerana mereka tidak mendapat komen secara
terbuka berbeza dengan penggunaan aplikasi yang lain. Pengkaji mempunyai
harapan iaitu supaya pengkaji lain mampu membuat kajian dan menumpukan kajian
terhadap penggunaan teknologi yang lain pada masa yang akan datang.
Bab
kelima yang dibincangkan dalam buku ini ialah cerita tentang musim luruh dalam
penulisan blog. Pengkaji telah menfokuskan tentang penulisan blog oleh
pelajar.. Penulisan tersebut hendaklah berpandukan kepada aktiviti yang
dilakukan sepanjang musim luruh. Enam orang pelajar sukarelawan telah diambil
sebagai contoh kajian dan kesemua mereka adalah daripada Universiti Hankuk
dalam pengajian bahasa asing. Mereka semua mestilah membuat penulisan blog
dalam bahasa Melayu dan penulisan tersebut hendaklah mengandungi lebih kurang
seratus patah perkataan. Penulisan tersebut hendaklah mengandungi kata adjektif
dan kata kerja yang mereka pelajari sepanjang pengajian. Mereka hendaklah
menulis cerita tersebut berdasarkan pengalaman,cerita atau perasaan mereka
sendiri nerkenaan dengan musim luruh tersebut. Kajian ini mendapati bahawa kata
adjektif dan kata kerja dalam bahasa Melayu sukar untuk ditafsirkan oleh
pelajar tersebut namun setelah memberikan peluang kepada mereka untuk menulis
dalam blog tersebut maka ianya telah memberikan keyakinan kepada mereka untuk
mengunakan kedua-dua kata tersebut. Malahan pengkaji juyga mendapati bahawa
penulisan blog telah memberikan peluang kepada pelajar untuk berkongsi pengetahuan
dan pemahaman mereka tentang kata adjektif dan kata kerja yang mereka kongsikan
dalam penulisan blog mereke. Disamping itu, penulisan tersebut juga
berkemungkinan dapat menarik minat pelajar lain dan memberikan pandangan mereka
tentang kata adjektif dan kata kerja ini.
Dalam
bab keenam dalam buku ini, pengkaji telah membuat kajian tentang blog sebagai
media pembelajaran tentng bahasa dan kesusasteraan dengan mengunakan analisis.
Fokus kajian pengkaji ialah blog sebagai media pembelajaran tentang bahasa dan
sastera. Objektif kajian pengkaji dalam bab ini ialah untuk mengenalpasti dan
menganalisis fungsi blog sebagai salah satu medium bahasa dalam mempelajari
bahasa itu sendiri dan juga sastera. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini
melibatkan lapan belas orang pelajar jurusan bahasa Media di hankuk Universiti
yang berumur dari 24 hingga 27 tahun. Pelajar tersebut akan mengemaskini blog
mereka sebanyak setiap hari selama tiga minggu. Dari analisis yang dilakukan
pengkaji mendapati blog berfungsi sebagai tempat luahan kreativiti pelajar
kerana mereka meluahkan perasaan mereka melalui penulisan blog dan menunjukkan
bakat mereka disitu. Malahan ada juga diantara mereka yang menulis mengarang
sajak dan meletakkannya dalam blog masing-masing. Pengkaji mendapati bahawa
blog dapat membantu pelajar belakjar memilih perkataan yang sesuai untuk
diletakkan dalam blog mereka. Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa blog
merupakn ekspresi diri pelajar tersebut. Ini kerana kebanyakan daripada mereka
meluahkan rasa tidak puas hari, suka, kecewa dan sebagainya dalam blog
masing-masing. Ramai juga diantara mereka yang berkongsi cerita tentang
keletihan dan kesibukkan yang mereka terpaksa hadapi sepanjang proses
pembelajaran di peringkat universiti. Hasil daripada kajian ini, pengkaji
mendapati bahawa pelajar yang menggunakan blog sebagai salah satu proses
pembelajaran bahasa dan sastera. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa ahli
akademik sepatutnya menggunakan cara yang baharu untuk mengajar untuk
mengelakkan para pelajar mereka mudah bosasn disamping dapat memberikan peluang
untuk mereka menulis.
Manakala
dalam bab tujuh pula pengkaji telah mebincangkan tajuk marilah memulakan blog
atau jom mula menulis blog. Dalam bab ini pengkaji telah menerangkan cara-cara
untuk mebuka akaun blog secara terperinci langkah demi langkah. Pengkaji telah
menerangkan bagaimana untuk memulakan blog disamping untuk menulis blog dan berkongsi
kandungan blog tersebut. Terdapat enam belas langkah kesemuanya untuk membuka
aakaun blog dan berkosikan kandungan penulisan tersebut. Hasil daripada kajian
dalam bab ini, pengkaji mendapati bahawa dengan kaedah yang disediakan ini,
maka pelajar mampu menghasilkan blog mereka sendiri. Pelajar juga mampu
berkongsi blog mereka dan melihat kandungan yang dikongsikan oleh orang lain
dalam blog mereka.
Akhir
sekali dalam buku ini, bab lapan iaitu bab yang membicarakan tentang etika
dalam penulisan blog. Blog merupakan hasil penulisan individu yang berbeza dan
setiap apa yang dikongsikan juga adalah berbeza. Namun blogger atau pengguna
blog seharusnya memahami dan mendalami etika penulisan blog agar kandungan
penulisan yang mereka kongsikan tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.
Tambahan pula blog merupakan laman yang boleh dibaca oleh masyarakat di seluruh
dunia. Antara etika yang telah digariskan oleh pengkaji dalam penulisan blog
antaranya ialah pemilihan perkataan. Blogger sharusnya memilih perkataan yang
sesuai agar ianya dapat ditafsirkan dengan baik oleh semua lapisan masyarakat
yang terdiri daripada tingkat umur yang berbeza.
Kedua,
blogger seharusnya menggunakan struktur ayat yang betul dan boleh difahami
kerana sekiranya terdapat struktur ayat yang tidak betul dan ianya dijadikan
rujukan oleh orang lain maka ianya akan merosakkan bahasa itu sendiri. Ketiga,blogger
seharusnya mengetahui peraturan tatabahasa dan memastikan bahawa ayat yang
dikongsikan itu mengandungi tatabahasa yang betul. Keempat, blogger seharusnya
peka terhadap sensitiviti terutamanya yang berkaitan dengan agama. Tambahan
pula, Malaysia merupakan rakyat yang tediri daripada berbilang kaum. Oleh itu,
blogger seharusnya menulis perkara-perkara yang akan membuatkan tercetusnya isu
perkauman atau perkara-perkara yang berbangkit disebabkan penulisan yang
dikongsikan oleh blogger tersebut. Kelima, blogger juga seharusnya peka
terhadap sensitive politik kerana setiap perkara yang dikongsikan akan
menimbulkan fitnah terutamanya perkara-perkara yang melibatkan kancah politik.
Keenam, blogger tidak sepatutnya membuat penulisan blog menggunakn kata-kata
kesat dan ianya adalah amat tidak
digalakkan sama sekali. Ini kerana, aka nada pembaca yang terdiri daripada
remaja dan kanak-kanak yang akan membaca blog kita maka mereka akan mmudah
terikut-ikut dengan penulisan kita itu. Ketujuh, pengkaji telah menyarankan
agar blogger tidak menggunakan medium blog sebagai alat untuk mengancam diri
sendiri dan orang lain.
Kelapan,
pengkaji juga menasihatkan agar blogger tidak menulis perkara-perkara yang
tidak jelas kesahihan kandungannya untuk mengelakkan berlakunya salah faham
terhadap penulisan kita pada masa hadapan. Kesembilan, blogger juga
dinasihatkan agar tidak memasukkan gambar-gambar yang tidak senonoh agar tidak
digunakan untuk tujuan lain oleh pengguna lain. Akhir sekali, dalam etika
penulisan blog, blogger seharusnya membuat jkajian dahulu terhadap
perkara-perkara yang ingin dikongsikan. Ini secara tidak langsung dapat
menunjukkan bahawa blogger telah mengkaji perkara tersebut terlebih dahulu
sebelum membuat perkongsian.
Kesimpulannya,
buku yang dihasilkan oleh pengkaji ini sememangnya bermanfaat dan diharapkan
agar dapat memberikan perkongsian dan faedah kepada yang memerlukan dan yang
ingin memahami teknologi secara lebih mendalam.
BBK3408 : Ulasan Buku Wacana Bahasa
Buku
Wacana Bahasa telah ditulis oleh Prof. Madya Dr.Normaliza Binti Abdul Rahim dan
telah diterbitkan oleh Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala
Terengganu. Buku ini mengandungi sembilan bab kesemuanya iaitu Bab pertama
ialah tentang Teater Kanak-Kanak. Dalam bab ini penulis membicarakan tentang penggunaan
Teater Kanak-kanak sebagai aktiviti yang kurang di gemari oleh kanak-kanak
kerana mereka tidak pernah diperkenalkan tentang teater ini kerana ianya tiada dalam sukatan
pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Oleh itu, penulis berharap agar
penggunaaan teater ini mempu menarik minat kanak-kanak disamping meningkatkan
keyakinan mereka dalam menyuarakan pendapat mereka tentang teater ini.
Teater
diberikan pendedahan untuk memberikan peluang kepada kepada kanak-kanak untuk
melihat dan mengalami sendiri realiti setiap watak dalam cerita seperti
penukaran pakaian, asas solekan yang dilakukan dalam kumpulan yang kecil.
Disamping itu, dapat melahirkan semangat kerjasama diantara ahli kumpulan itu
sendiri. Pelajar juga diminta untuk meneliti watak dan ini bermakna mereka
mampu mengalami sendiri watak dan perwatakan seperti yang diinginkan. kajian
dan respon yang diperolehi oleh penulis juga adalah baik dan dengan teater juga
mereka mampu mempunyai ruang untuk berbincang dan mendengar pandangan atau
kritikan daripada ahli kumpulan.
Manakala
bab dua pula menceritakan tentang penggunaan media teknologi. Media merupakn
teknologi yang kian menbangun dan perkembangan tersebut sentiasa mendapat
sambuntan yang baik daripada masyarakat termasuklah masyarakat di seluruh
dunia. Penulis telah menjelaskan bahawa masyarakat yang berada di bandar lebih
terdedah dengan teknologi ini namun masyarakata yang berada di luar atau
kawasan pedalaman tidak mendapat pendedahan yang banyak kerana kemudahan yang
mereka perolehi tidak banyak. Teknologi pada masa sekarang merupakan satu
kemestian dan ianya akan membawa kebaikan sekiranya berada dalam dunia
pekerjaan pada masa yang akan datang. Kajian yang dilakukan oleh pengkajia terhadap
penggunaan Facebook dan Youtube oleh para pelajar mendapat respon yang baik dan
data tersebut dikutip melalui komen yang diletakkan oleh mereka pada ruangan
komen yang disediakan dalam kedua-dua aplikasi ini. Selain itu, kajian yang
dilakuakn oleh pengkaji mendapati bahawa para pelajar tersebut menggunkan
kedua-dua aplikasi ini secara aktif dan dapat menambahkan pengalaman mereka
terhadap penggunaan teknologi ini dan teknologi yang lain kerana mereka telah
mempunyai asas tentang pengendalian teknologi ini.
Bab
ketiga pula merupakan bab yang menceritakan tentang penulisan papan cerita.
Dalam vbab ini penulis lebih berfokuskan papan cerita tentang pantun yang
merupakan salah satu genre Kesusasteraan Melayu lama. Walaupu ianya telah lama
namun pantun masih lagi digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat. Objektif
kajian penulis juga adalah untuk mengenal pasti jenis pantun dan membincangkan
perbualan pelajar mengenai perisian pantun ini. Penulis juga mendapati bahawa
dengan perisian yang digunakan maka nilai-nilai murni dan estetika yang
terdapat dalam pantun tersebut telah mampu menarik minat pelajar untuk
mendalami pantun Melayu tersebut. Selain itu, perisian tersebut juga dapat
memberikan peluang kepada pelajar untuk mencuba perkara-perkara yang baru dan
mereka juga tidak segan dan diberikan galakan untuk memberi kritikan tentang
pantun. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa perisian tersebut telah memberi
manfaat dan diharapkan agar mampu menarik minat masyarakat untuk lebih
mengenali pantun yang sudah lama ditinggalkan oleh masyarakat Melayu.
Bab
keempat pula bab yang khusus tentang Pantun Melayu. pengkaji telah memberikan
definisi yang khusus tentang maksud pantun terlebih dahulu. Definisi tersebut
kemungkinan dapat membantu pembaca memahami pantun Melayu secara lebih
mendalam. Ini kerana, tanpa memahami maksud pantun maka pembaca akan mengalami
kesukaran untuk memahami kandungan penulisan yang cuba disampaikan oleh penulis
itu sendiri. Pelajar juga dapat meluangkan masa denagn bertanyakan rakan sebaya
tentang bait-bait pantun yang tidaka dapat mereka tafsirkan. secara tidak
langsung, ianya dapat menarik minat pelajar tersebut dan pelajar lain untuk
mendalami pantun secara lebih serius. Pandangan dan ujaran yang bertepatan yang
diberikan oleh pelajar dapat menunjukkan bahawa mereka berminat dan sudah mula
memahami pantun yang cuba disampaikan oleh masyarakat Melayu pada ketika
dahulu. Perisian yang digunakan untuk memperkenalkan pantun kepada pelajar juga
dapat didedahkan kepada pelajar luar negara kerana dengan teknologi segala
maklumat berkaitan dengan pantun dapat diperolehi dengan lebih baik.
Bab
kelima ialah bab yang membincangkan tentang sajak Melayu. Sajak Melayu juga
merupakan genre kesusasteraan Melayu yang diwariskan oleh masyarakat dahulu
kala kepada generasi sekarang. Kajian tentang pantun ini buukan sahaja
dimanfaatkan oleh pengkaji dalam negara malahan telah mendapat sambutan oleh
pengkaji luar negara. Ini dapat menunjukkan
bahawa betapa bernilainya sajak Melayu yang diwariskan kepada kita ini.
Kajian-kajian yang dilakukan terhadap sajak Melayu ini dapat menunjukkan bahawa
sajak Melayu mempunyai nilai yang ingin disampaikan dan diharapkan dapat
difahami oleh masyarakat. Malahan perbincangan dalam kumpulan terhadapa sajak
Melayu ini dapat memberikan ruang kepada pelajar untuk meluahkan pemahaman
mereka terhadap sajak Melayu. Dalam kajian ini juga, setiap kumpulan memberikan pandangan yang berbeza terhadap
stanza sajak Melayu. Ini kerana setiap manusia mempunyai pemikiran yang berbeza
begitu juga pemahaman mereka terhadap sajak Melayu. Kajian yang dilakukan oleh
pengkaji ini juga memberikan peluang kepada masyarakat luar untuk memahami
sajak Melayu melayu dengan menjadikan kajian ini sebagai panduan.
Seterusnya
ialah bab keenam yang membicarakan tentang kata kerja dalam cerita binatang.
Kajian ini mengambil kira pelajar yang mempunyai sindrom Asperger di Malaysia
yang merupakan golongan istimewa. Penulis membuat kajian untuk mengetahui
penggunaan kata kerja ini dalam kalangan mereka. Lebih-lebih lagi golongan ini
merupakan antara golongan yang memerlukan perhatian orang dewasa yang lebih
kerap kerana keterbatasan upaya mereka itu. penulis mendapati bahawa pelajar
ini lebih suka melakukan perulangan dalam cerita sosial . Ini juga bertepatan
dengan objektif kajian pengkajia iaitu untuk mengenalpasti cerita sosial serta
membincangkan cerita sosial dalam kalangan pelajar ini. Melalui kajian ini,
pelajar mampu melakukan lakonan semula
babak-babak yang dipertontonkan kepada mereka. Secara tidak langsung ianya
dapat meningkatkan keyakinan para pelajar tersebut. Kajian yang dilakukan ini
bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar tersebut malahan dapat memberi
manfaat kepeda pihak sekolah, ibu bapa dan guru. Ini kerana kajian ini dapat
melahirkan pelajar yang lebih berkeyakinan dan mampu menyuarakan pendapat
mereka dalam penceritaan tersebut. Ini dapat membuktikan bahawa pelajar
istimewa juga mampu melakukan perkara sepertimana pelajar biasa. Bukan itu
sahaja, galakan yang mereka terima sepanjang kajian ini dilakukan juga dapat
menarik minat mereka terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling
mereka.
Bab
ketujuh ialah bab yang membicarakan tentang antonym bahasa Melayu. Pengkaji
telah menyatakan bahawa antonim ini merupakan tajuk yang paling digemari di
sekolah dan telah dapat dibuktikan apabila pelajar dapat menjalankan kuiz yang
berbentuk antonim ini. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang menjadi pilihan
pelajar di luar negara untuk dipelajari sebagai bahasa kedua dan pergaulan
diantara pelajar Melayu dengan pelajar lain di luar negara telah membolehkan
mereka menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan seharian. Kajian ini juga
mendapati bahawa bangsa Melayu juga mampu mempertahankan bahasa mereka walaupun
telah lama menetap di luar negara. Kajian ini mendapati bahawa banyak kosa kata
atau perkataan baharu yang perlu diajarkan kepada pelajar luar terutamanya
pelajar Korea agar mereka memahami konsep bahasa Melayu yang cuba disampaikan
kepada mereka.
Bab
kelapan ialah bab yang menceritakan tentang penerapan nilai sosial melalui lakonan cerita. Pengkaji berpendapat
bahawa penerapan nilai sosial melalui lakonan cerita merupakan cara untuk
membantu pelajar yang mempunyai sindrom Asperger dalam menjalani kehidupan seharian
mereka. Pengkaji juga menyatakan bahawa sentuhan yang berbentuk pelukan
merupakan aspek yang penting kerana dapat meningkatkan keyakinan dalam diri
anak-anak yang menghidap sindrom ini. Penerapan nilai murni tersebut dapat
memastikan atau mengajar mereka tentang pemahaman nilai yang cuba diajarkan
kepada mereka walaupun ianya mengambil masa yang lebih lama berbanding pelajar
biasa. Kesemua cerita yang diperkenalkan kepada para pelajar tersebut dapat
menunjukkan bahawa mereka memahami konsep nilai sosial dan diharapkan agar
mereka dapat dibekalkan dengan pelbagai aktiviti sebegini agar mereka dapat
menyesuaikan diri pada masa hadapan.
Akhir
sekali ialah bab kesembilan yang menyentuh tentang nilai murni dalam peribahasa
Melayu. Peribahasa telah dinyatakan oleh pengkaji sebagai satu cara penyampaian
maklumat dengan menggunakan bahasa yang halus dan memerlukan pengertian yang
mendalam. Peribahasa yang menjadikan nilai sebagai aspek utamanya sebenarnya
dinyatakan untuk memberi pemahaman terhadap nilai tersebut dan untuk memastikan
masyarakat mengetahui nilai yang cuba disampaikan kepada mereka. Pengkaji
mendapati bahawa kajian yang dilakukan oleh beliau telah memberi manfaat kepada
pelajar Korea yang mempelajari bahasa Melayu dan peribahasa merupakan salah
satu cara untuk menyampaikan nilai murni tersebut.
Kesimpulannya,
buku wacana bahasa ini ialah buku yang lebih berfokuskan kajian-kajian
terhadap bahasa Melayu dengan menjadikan sajak,peribahasa, pantun dan
sebagainya sebagai aspek kajian pengkaji. Malahan kajianyang dilakukan oleh
pengkaji ini juga diharapkan dapat memberikan manfaat kepada pelajar tidak kira
pelajar dalam negara mahupun luar negara.
BBK 3408: Montaj Individu
Pada minggu-minggu terakhir kami sekelas telah ditugaskan untuk membuat montaj iaitu montaj individu dan juga montaj berkumpulan. Disini saya ingin kongsikan sedikit montaj individu yang saya hasikan dengan tajuknya
Montaj Keluarga dan Sahabat
Seperti biasa sekiranya awak semua menghadapi masalah untuk melihat video ini maka disini saya sertakan sekali linknya yer...
Ini pula montaj video individu saya
Ni linknya kalau tak dapat nak tengok yer...
*HAKCIPTA TERPELIHARA SUEDRAGON
Sunday, 22 November 2015
BBK 3408 :Montaj Berkumpulan
Kami telah ditugaskan untuk membuat dua jenis montaj iaitu montaj individu dan montaj kumpulan..Sebagi tanda kenang-kenangan disini aku sediakan montaj yang dihasikan dedikasi untuk kumpulan.....
Harap anda semua enjoy yer....
Montaj Video Kumpulan
Montaj Gambar Kumpulan
*HAKCIPTA TERPELIHARA SUEDRAGON
Monday, 16 November 2015
BBK3408 : Wawancara (Berkumpulan)
Pada minggu ini kami satu kelas telah ditugaskan untuk membuat satu wawancara yang berdurasi selama 5 minit sahaja. Wawancara ini hanya dilakukan dalam kumpulan sahaja dan semua ahli mestilah menjawab keempat-empat soalan yang disediakan oleh kumpulan kita sendiri.. Sebelum kami melakukan wawancara tersebut, Dr. Normaliza telah menunjukkan cara yang betul untuk kami mengambil sudut wawancara tersebut... Kami disarankan hanya mengambil mugshot (separuh pinggang sahaja)....
Ini video wawancara bagi kumpulan kami....
https://www.youtube.com/watch?v=MVD4qoSJQn4
*HAKCIPTA TERPELIHARA SUEDRAGON
BBK 3408 : Media Sosial
Media Sosial
Media sosial merupakan aplikasi yang digunakan untuk menghubungkan manusia dengan manusia yang lain. Oleh itu, kami semua telah ditugaskan untuk menginstall aplikasi seperti keek,vine, facebook,instagram, linkedin,tumblr, instagram. Kami juga diberikan tugas dengan membuat video dengan aplikasi ini.. Antaranya kami telah membuat video yang lucu dengan menggunakan aplikasi vine. Manakala melalui aplikasi instagram pula kami diarahkan untuk mengambil gambar sebanyak mungkin sehingga mendapat 10 likes daripada Dr. Normaliza. Ini antara aplikasi media sosial yang kami gunakan.
Facebook
Linkedin
Instagram
Twitter
Media sosial merupakan aplikasi yang digunakan untuk menghubungkan manusia dengan manusia yang lain. Oleh itu, kami semua telah ditugaskan untuk menginstall aplikasi seperti keek,vine, facebook,instagram, linkedin,tumblr, instagram. Kami juga diberikan tugas dengan membuat video dengan aplikasi ini.. Antaranya kami telah membuat video yang lucu dengan menggunakan aplikasi vine. Manakala melalui aplikasi instagram pula kami diarahkan untuk mengambil gambar sebanyak mungkin sehingga mendapat 10 likes daripada Dr. Normaliza. Ini antara aplikasi media sosial yang kami gunakan.
Vine
Keek
Tumblr
*HAKCIPTA TERPELIHARA SUEDRAGON
Sunday, 1 November 2015
BBK3408 : Parodi (Berkumpulan)
Parodi
Sewaktu nak start shooting aku memang gelak jer memanjang sebab muka pelakon yang memang putih melepak macam mak Cun tuh....Yelah tambahan plak bedak sejuk yang kat muka diorang tu dah macam salji luruh dah...
Aku memang tak boleh nak tahan daripada terus tergelak sebab time tu aku memang kena pandang muka diorang...
Nasib kami baik sebab ramai diantara kami yang memang dah banyak kali khatam menonton filem "Seniman Bujang Lapok " ini.,
Gelak...Gelak ... jelah
Ni Video Klip Kumpulan Kami Yer...
Sewaktu nak start shooting aku memang gelak jer memanjang sebab muka pelakon yang memang putih melepak macam mak Cun tuh....Yelah tambahan plak bedak sejuk yang kat muka diorang tu dah macam salji luruh dah...
Aku memang tak boleh nak tahan daripada terus tergelak sebab time tu aku memang kena pandang muka diorang...
Nasib kami baik sebab ramai diantara kami yang memang dah banyak kali khatam menonton filem "Seniman Bujang Lapok " ini.,
Gelak...Gelak ... jelah
Ni Video Klip Kumpulan Kami Yer...
https://www.youtube.com/watch?v=Ie3ej9B38T4
Ini ialah link untuk video ini sekiranya awak-awak semua mengalami kesukaran untuk menonton video parodi kami ini....
*HAKCIPTA TERPELIHARA SUEDRAGON
BBK 3408: Poster
POSTER
Selain membuat rakaman video, kami juga diarahkan untuk membuat poster dengan tema yang berbeza. Poster yang kami perlu hasilkan ada dua bahagian iaitu :
1) tak bergerak/statik
2) bergerak/ ada animasi.
Kumpulan kami iaitu Bidadari Multimedia telah memilih poster yang bertemakan
1) Persahabatan (statik)
2) Ilmu (Animasi)
Pengalaman membuat poster ni juga susah sebab kami tak tahu macam mana nak buatkan poster ni bergerak seperti yang dr. mahukan..Oleh itu selepas mencuba akhirnya dapat jugak kami lakukannya...
Ini antara contoh poster daripada kumpulan kami...
ILMU
PERSAHABATAN
*HAKCIPTA TERPELIHARA SUEDRAGON
Saturday, 24 October 2015
BBK3408 :Dubsmash (Berkumpulan)
Dubsmash
Dubsmash ialah perbuatan meniru mimik muka, gaya yang terdapat dalam aplikasi dubmash. oleh itu kami telah ditugaskan untuk membuat 2 jenis dubmash untuk dibentangkan iaitu dubmash lagu dan dubsmash lakonan...ntuk nyanyian kami memilih lagu dikir barat iaitu lagu "Gomo Klate Gomo"
dan lakonan pula ialah filem "Maria Mariana"
Ni Video Klip Kumpulan Kami Yer...
Dubsmash ialah perbuatan meniru mimik muka, gaya yang terdapat dalam aplikasi dubmash. oleh itu kami telah ditugaskan untuk membuat 2 jenis dubmash untuk dibentangkan iaitu dubmash lagu dan dubsmash lakonan...ntuk nyanyian kami memilih lagu dikir barat iaitu lagu "Gomo Klate Gomo"
dan lakonan pula ialah filem "Maria Mariana"
Ni Video Klip Kumpulan Kami Yer...
Ni link untuk video ini sekiranya berlaku sebarang kesulitan yer..
https://www.youtube.com/watch?v=FYltqFwDjJs
*HAKCIPTA TERPELIHARA SUEDRAGON
BBK3408: Kalendar
BBK3408: Vine
Dalam tugasan kali ini kami dikehendaki untuk membuat satu vine bagi setiap kumpulan dan perlu dimasukkan ke dalam laman vine tersebut... Ini ialah video vine kami...
Selamat menonton...
https://www.youtube.com/watch?v=yLgJXEqxwj0
Selamat menonton...
https://www.youtube.com/watch?v=yLgJXEqxwj0
*HAKCIPTA TERPELIHARA SUEDRAGON
BBK3408: Instagram (Bernilainya 'Like' Dr. Normaliza)
Dalam post kali ini saya ingin menekankan tajuk tersebut kerana tanpa like 'drnormaliza' bermakna tiada markahlah kami semua. Dalam tugasan ini kami semua diarahkan memasukkan seberapa banyak gambar istagram ke dalam akaun kami (taknak yang google) sampai kami semua dapat like dr... Yang penting wifi tu selalu on sebab nak tengok dr like ke tak...kalau dapat like waaauuuuuwww (sambil melompat-lompat gitu) (nasib lompat time tak ada orang kalau tak tak tahu lar)...Nasib baik jugak dr tak mintak 20 kalau tak (pun tak tahulah-redha jelah)...Ini antara contoh gambar aku yang dah dapat 10 like dari dr...
Terima Kasih Dr. Normaliza Abd Rahim...



Terima Kasih Dr. Normaliza Abd Rahim...

![]() |
| Kredit : Kawan |


* HAKCIPTA TERPELIHARA SUEDRAGON
BBK3408: Permainan (Berkumpulan)
Permainan (Berkumpulan)
Pada minggu ini kami telah ditugaskan untuk membuat satu video yang khusus untuk tontonan kanak-kanak iaitu cara untuk memasang sesebuah permainan yang baru sahaja dibeli di kedai. Kami juga mesti memastikan bahawa video yang dilakukan mesti one shot dan berdurasi 2 minit sahaja. Sepanjang tempoh nak buat video ni mencabar sikit sebab kami perlu memastikan tiada bunyi bising di sekeliling kami...(Time ni la budak junior nak buat bising plak siap menyanyi-nyanyi bagai)..Apa lagi sebagai akak senior (akak sangat) aku pergilah larang diorang daripada buat bising tapi nasib baik diorang ni dengar jugak cakap aku (hahahaha)
Time ni jugalah diadakan sesi ujibakat tangan yang paling cantik (konon) sebab aspek tangan memainkan peranan yang penting agar video tersebut memberi kesan yang positif terhadap kanak-kanak.
Disini aku sertakan link video tersebut sekiranya berlaku kesulitan...Selamat menonton.
https://www.youtube.com/watch?v=x2LaAF6Z6fg
*HAKCIPTA TERPELIHARA SUEDRAGON
BBK3408: One Shot "Dua Insan"
Tugasan Berkumpulan Keempat
Selepas kami semua berjaya menyiapkan video klip one shot, one shot 2 layer dan juga one shot 3 layer, pensyarah kami iaitu Prof Madya dr. Normaliza telah mengarahkan kami semua agar membuat satu lagi video klip tetapi temanya berbeza sedikit kerana Dr. telah memeberikan lagu yang sama untuk dijadikan video klip kami semua iaitu Lagu 'Dua Insan' yang dipopularkan oleh M. Nasir dan juga Yunizar Hussein dan Dr. ingin melihat kreativiti kami dalam menghasilkan video tersebut. Ini merupakan video yang telah kumpulan Bidadari Multimedia siapakan...
Dah lama tak jadi watak lelaki...yang penting still nampak gangster...jeng jeng jeng
Ni dia link youtube video ini sekiranya anda semua tidak dapat akses kepada video ini...Selamat menonton semua dan terima kasih....
https://www.youtube.com/watch?v=vRQRNaTAfQA
Seperti biasa, ini gambar yang kami semua ambil selepas siap penggambaran video klip tersebut...
Selepas kami semua berjaya menyiapkan video klip one shot, one shot 2 layer dan juga one shot 3 layer, pensyarah kami iaitu Prof Madya dr. Normaliza telah mengarahkan kami semua agar membuat satu lagi video klip tetapi temanya berbeza sedikit kerana Dr. telah memeberikan lagu yang sama untuk dijadikan video klip kami semua iaitu Lagu 'Dua Insan' yang dipopularkan oleh M. Nasir dan juga Yunizar Hussein dan Dr. ingin melihat kreativiti kami dalam menghasilkan video tersebut. Ini merupakan video yang telah kumpulan Bidadari Multimedia siapakan...
Dah lama tak jadi watak lelaki...yang penting still nampak gangster...jeng jeng jeng
Ni dia link youtube video ini sekiranya anda semua tidak dapat akses kepada video ini...Selamat menonton semua dan terima kasih....
https://www.youtube.com/watch?v=vRQRNaTAfQA
Seperti biasa, ini gambar yang kami semua ambil selepas siap penggambaran video klip tersebut...
*HAKCIPTA TERPELIHARA
BBK3408: Pembentangan Quarter Flat Lay & Flat Lay
Presentation Kedua
Kini, aku sudah biasa untuk menjengah ke blogku untuk mengemaskini statusnya atau untuk menulis blog yang berkaitan dengan kursus Kesusasteraan dalam Multimedia ini...Dahulunya aku pernah berangan-angan untuk membuka blog tetapi semestinya aku tidak tahu bagaimana untuk membuka akaun blog apatah lagi untuk mengepos apa-apa dalam blog tersebut kerana aku takut sekiranya terdapat perkara-perkara yang mungkin akan membuatkan aku berada dalam 'bilik besi'...hehehe
Ok sebenarnya aku ingin kongsikan tugasan presentation kedua yang telah kumpulan kami masukkan dalam laman youtube...Pada kali ini kami diberikan amanah untuk menyiapakan presentation flat lay dan quarter flat lay...Pensyarah mengarahkan agar memilih barangan yang berbeza untuk gambar flat lay dan quarter flat lay pula mestilah gambar makanan kerana gambar makanan lebih sesuai...
Ini hasil presentation kumpulan kami yang dah kami kongsikan di laman youtube...harap terhibur semua yer...
seperti biasa, sekiranya awak-awak semua menghadapi masalah untuk membuka video ini, saya ada sertakan sekali linknya di youtube agar lebih memudahkan awak-awak semua...
https://www.youtube.com/watch?v=o6T1ZXyOXKc&feature=youtu.be
Terima kasih semua...
*HAKCIPTA TERPELIHARA
Thursday, 22 October 2015
BBK3408: One Shot Three Layer (Berkumpulan)
Tugasan Berkumpulan Ketiga
Setelah selesai tugasan video yang kedua maka kami semua telah ditugaskan untuk membuat video klip yang ketiga pula iaitu one shot tiga layer...Kami satu kumpulan berkumpul dan seperti biasa memberikan pendapat masing-masing untuk menghasilkan video tersebut...Kali ini kami membuat kelainan sedikit dengan membuat video klip yang bertemakan suasana hari raya pula...
Nah ini dia video klip yang dihasilkan oleh kumpulan kami....Bidadari Multimedia
Sekiranya kawan-kawan semua tak dapat tonton video kami, di sini saya sertakan sekali dengan linknya yer...Selamat terhibur semua....
https://www.youtube.com/watch?v=DftMrHD7b2w
Seperti biasa ini gambar yang kami ambil selepas tamatnya penggambaran video klip kumpulan kami...
*HAKCIPTA TERPELIHARA
Subscribe to:
Posts (Atom)














































