Thursday, 10 December 2015

BBK 3408 : Ulasan Buku Learning Through Blog Writing Embracing The Technology

Buku Learning Through Blog Writing Embracing The Technology telah ditulis oleh Prof. Madya Dr.Normaliza Binti Abdul Rahim dan telah diterbitkan oleh Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu. Buku ini mengandungi sembilan bab kesemuanya iaitu Bab pertama ialah tentang apa itu blog dan penulisan blog. Pengkaji telah menyatakan bahawa blog ialah satu bentuk perbincangan dalam bentuk penulisan formal atau tidak formal. Blog boleh digunkan untuk tujuan peribadi sebagai jurnal mahupun sebagai medium untuk berbisnes.  Blog merupakan aplikasi yang mesra pengguna kerana senang untuk diuruskan malahan penulis blognya juga boleh mengemaskini kandungan blog mereka walau dimana sahaja mereka berada asalkan  adanya sambungan internet di kawasan tersebut. Blog merupakn medium sosial yang tidak dikenakan caj penggunaanya. Namun penulis blog seharusnya peka terhadap sensitivity masyarakat sekiranya mahu membuat penulisan dalam blog mereka. Ramai pengkaji tang menyarankan tips-tips berguna agar penulisan blog mereka menjadi tatapan masyarakat.
Bab kedua pula ialah bab yang membincangkan tentang pembelajaran menerusi penulisan blog. Dalam bab ini pengkaji menyatakan bahawa pembelajaran menerusi media blog memberikan manfaat yang berguna kepada orang lain. Walaupun begitu, banyak juga kajian mendapati bahawa penulisan dalam blog juga dapat menyebarkan fitnah dan memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat umumnya. Kajiankajian yang dilakukan terhadap penggunaan blog mendapati bahawa blog merupakan aplikasi yang popular digunakn dalam kalangan masyarakat kerana blog pengguna blog mempunyai privasi dalam menyuarakan idea atau luahan hati mereka dalam penulisan blog mereka itu. Ini bermakna hanya segelintir sahaja iaitu kawan-kawan sahaja yang dapat mengakses atau melihat penulisan blog mereka. Bukan itu sahaja, penulisan blog juga dapat memberikan peluang kepada pelajar luar negara untuk mempelajari dengan lebuh lanjut tentang bahasa Melayu.
            Bab ketiga pula ialah bab yang membincangkan tentang perspektif terhadap pembelajaran menggunakan blog. Pengkaji telah menfokuskan perspektif pelajar dalam pembelajaran blog ini. Pelbagai kajian telah dilakukan untuk mendapat data kajian termasuklah membuat kajian terhadap pelajar-pelajar Korea yang mempelajari bahasa Melayu dalam pembelajaran mereka. Hasilnya kajian ini dibahagikan kepada tiga bahadgian iaitu pembelajaran dalam kesusasteraan, bahasa dan multimedia. Kajian yang dilakukan ini mendapati bahawa pelajar lebih yakin untuk membuat penulisan dalam blog mereka masing-masing disamping dapat memberikan manfaat yang lain kepada mereka. Ini kerana, dengan penulisan tersebut mereka dapat kongsikan pembelajaran tentang bahasa Melayu kepada rakan-rakan sekelas yang lain. Secara tidak langsung pengkaji mendapati bahawa kajian beliau telah memberi manfaat kepada pelajar-pelajar Korea tersebut dengan membantu mereka memahami  kesusasteraan Melayu dan bahasa Melayu itu sendiri. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu pengkaji-pengkaji lain untuk mefokuskan teknologi lain untuk memperkembangkan penulisan bahasa kedua itu.
Bab keempat pula ialah bab yang membincangkan tentang penulisan dalam blog dapat memantapkan pembelajaran. Pengkaji telah menyatakan bahawa fokus kajian dalam bab ini ialah untuk mengkaji penulisan blog. Objektif kajiannyan ialah untuk mengenalpasti dan membincangkan tentang kandungan penulisan blog dalam kalangan pelajar. Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar Korea yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing di Universiti Hankuk dalam pengajian bahasa asing. Penulisan dalam blog mereka hanya melibatkan aktiviti yang mereka lakukan sepanjang pengajian semester itu.  Data kajian ini dianalisis oleh pengkaji berdasarkan jantina yang berbeza. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini mendapati bahawa penulisan dalam blog ini dapat membantu mempertingkatkan pembelajaran mereka dalam bahasa asing. Ini kerana, inovasi dan kreativiti yang mereka ada dapat menggalakkan mereka untuk meneruskan pengajian tersebut. Penulisan dalam blog juga dapat membantu meningkatkan keyakinan pelajar kerana mereka tidak mendapat komen secara terbuka berbeza dengan penggunaan aplikasi yang lain. Pengkaji mempunyai harapan iaitu supaya pengkaji lain mampu membuat kajian dan menumpukan kajian terhadap penggunaan teknologi yang lain pada masa yang akan datang.
Bab kelima yang dibincangkan dalam buku ini ialah cerita tentang musim luruh dalam penulisan blog. Pengkaji telah menfokuskan tentang penulisan blog oleh pelajar.. Penulisan tersebut hendaklah berpandukan kepada aktiviti yang dilakukan sepanjang musim luruh. Enam orang pelajar sukarelawan telah diambil sebagai contoh kajian dan kesemua mereka adalah daripada Universiti Hankuk dalam pengajian bahasa asing. Mereka semua mestilah membuat penulisan blog dalam bahasa Melayu dan penulisan tersebut hendaklah mengandungi lebih kurang seratus patah perkataan. Penulisan tersebut hendaklah mengandungi kata adjektif dan kata kerja yang mereka pelajari sepanjang pengajian. Mereka hendaklah menulis cerita tersebut berdasarkan pengalaman,cerita atau perasaan mereka sendiri nerkenaan dengan musim luruh tersebut. Kajian ini mendapati bahawa kata adjektif dan kata kerja dalam bahasa Melayu sukar untuk ditafsirkan oleh pelajar tersebut namun setelah memberikan peluang kepada mereka untuk menulis dalam blog tersebut maka ianya telah memberikan keyakinan kepada mereka untuk mengunakan kedua-dua kata tersebut. Malahan pengkaji juyga mendapati bahawa penulisan blog telah memberikan peluang kepada pelajar untuk berkongsi pengetahuan dan pemahaman mereka tentang kata adjektif dan kata kerja yang mereka kongsikan dalam penulisan blog mereke. Disamping itu, penulisan tersebut juga berkemungkinan dapat menarik minat pelajar lain dan memberikan pandangan mereka tentang kata adjektif dan kata kerja ini.  
Dalam bab keenam dalam buku ini, pengkaji telah membuat kajian tentang blog sebagai media pembelajaran tentng bahasa dan kesusasteraan dengan mengunakan analisis. Fokus kajian pengkaji ialah blog sebagai media pembelajaran tentang bahasa dan sastera. Objektif kajian pengkaji dalam bab ini ialah untuk mengenalpasti dan menganalisis fungsi blog sebagai salah satu medium bahasa dalam mempelajari bahasa itu sendiri dan juga sastera. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini melibatkan lapan belas orang pelajar jurusan bahasa Media di hankuk Universiti yang berumur dari 24 hingga 27 tahun. Pelajar tersebut akan mengemaskini blog mereka sebanyak setiap hari selama tiga minggu. Dari analisis yang dilakukan pengkaji mendapati blog berfungsi sebagai tempat luahan kreativiti pelajar kerana mereka meluahkan perasaan mereka melalui penulisan blog dan menunjukkan bakat mereka disitu. Malahan ada juga diantara mereka yang menulis mengarang sajak dan meletakkannya dalam blog masing-masing. Pengkaji mendapati bahawa blog dapat membantu pelajar belakjar memilih perkataan yang sesuai untuk diletakkan dalam blog mereka. Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa blog merupakn ekspresi diri pelajar tersebut. Ini kerana kebanyakan daripada mereka meluahkan rasa tidak puas hari, suka, kecewa dan sebagainya dalam blog masing-masing. Ramai juga diantara mereka yang berkongsi cerita tentang keletihan dan kesibukkan yang mereka terpaksa hadapi sepanjang proses pembelajaran di peringkat universiti. Hasil daripada kajian ini, pengkaji mendapati bahawa pelajar yang menggunakan blog sebagai salah satu proses pembelajaran bahasa dan sastera. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa ahli akademik sepatutnya menggunakan cara yang baharu untuk mengajar untuk mengelakkan para pelajar mereka mudah bosasn disamping dapat memberikan peluang untuk mereka menulis.
Manakala dalam bab tujuh pula pengkaji telah mebincangkan tajuk marilah memulakan blog atau jom mula menulis blog. Dalam bab ini pengkaji telah menerangkan cara-cara untuk mebuka akaun blog secara terperinci langkah demi langkah. Pengkaji telah menerangkan bagaimana untuk memulakan blog disamping untuk menulis blog dan berkongsi kandungan blog tersebut. Terdapat enam belas langkah kesemuanya untuk membuka aakaun blog dan berkosikan kandungan penulisan tersebut. Hasil daripada kajian dalam bab ini, pengkaji mendapati bahawa dengan kaedah yang disediakan ini, maka pelajar mampu menghasilkan blog mereka sendiri. Pelajar juga mampu berkongsi blog mereka dan melihat kandungan yang dikongsikan oleh orang lain dalam blog mereka.
Akhir sekali dalam buku ini, bab lapan iaitu bab yang membicarakan tentang etika dalam penulisan blog. Blog merupakan hasil penulisan individu yang berbeza dan setiap apa yang dikongsikan juga adalah berbeza. Namun blogger atau pengguna blog seharusnya memahami dan mendalami etika penulisan blog agar kandungan penulisan yang mereka kongsikan tidak menyentuh sensitiviti masyarakat. Tambahan pula blog merupakan laman yang boleh dibaca oleh masyarakat di seluruh dunia. Antara etika yang telah digariskan oleh pengkaji dalam penulisan blog antaranya ialah pemilihan perkataan. Blogger sharusnya memilih perkataan yang sesuai agar ianya dapat ditafsirkan dengan baik oleh semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada tingkat umur yang berbeza.
Kedua, blogger seharusnya menggunakan struktur ayat yang betul dan boleh difahami kerana sekiranya terdapat struktur ayat yang tidak betul dan ianya dijadikan rujukan oleh orang lain maka ianya akan merosakkan bahasa itu sendiri. Ketiga,blogger seharusnya mengetahui peraturan tatabahasa dan memastikan bahawa ayat yang dikongsikan itu mengandungi tatabahasa yang betul. Keempat, blogger seharusnya peka terhadap sensitiviti terutamanya yang berkaitan dengan agama. Tambahan pula, Malaysia merupakan rakyat yang tediri daripada berbilang kaum. Oleh itu, blogger seharusnya menulis perkara-perkara yang akan membuatkan tercetusnya isu perkauman atau perkara-perkara yang berbangkit disebabkan penulisan yang dikongsikan oleh blogger tersebut. Kelima, blogger juga seharusnya peka terhadap sensitive politik kerana setiap perkara yang dikongsikan akan menimbulkan fitnah terutamanya perkara-perkara yang melibatkan kancah politik. Keenam, blogger tidak sepatutnya membuat penulisan blog menggunakn kata-kata kesat dan ianya adalah amat  tidak digalakkan sama sekali. Ini kerana, aka nada pembaca yang terdiri daripada remaja dan kanak-kanak yang akan membaca blog kita maka mereka akan mmudah terikut-ikut dengan penulisan kita itu. Ketujuh, pengkaji telah menyarankan agar blogger tidak menggunakan medium blog sebagai alat untuk mengancam diri sendiri dan orang lain.
Kelapan, pengkaji juga menasihatkan agar blogger tidak menulis perkara-perkara yang tidak jelas kesahihan kandungannya untuk mengelakkan berlakunya salah faham terhadap penulisan kita pada masa hadapan. Kesembilan, blogger juga dinasihatkan agar tidak memasukkan gambar-gambar yang tidak senonoh agar tidak digunakan untuk tujuan lain oleh pengguna lain. Akhir sekali, dalam etika penulisan blog, blogger seharusnya membuat jkajian dahulu terhadap perkara-perkara yang ingin dikongsikan. Ini secara tidak langsung dapat menunjukkan bahawa blogger telah mengkaji perkara tersebut terlebih dahulu sebelum membuat perkongsian.

Kesimpulannya, buku yang dihasilkan oleh pengkaji ini sememangnya bermanfaat dan diharapkan agar dapat memberikan perkongsian dan faedah kepada yang memerlukan dan yang ingin memahami teknologi secara lebih mendalam. 

No comments:

Post a Comment