Pertama kali aku masuk kelas Kesusasteraan dalam Multimedia aku terkejut melihat pensyarahnya sebab aku belum pernah mengenali atau melihat Dr. Normaliza secara dekat atau rapat. Sebelum aku melangkah ke semester sekarang, aku ada mendengar khabar daripada akak-akak senior yang menasihatkan kami supaya mengambil subjek ini lebih awal . Apabila ditanyakan sebab mengapa mereka berkata sedemikian maka mereka mengatakan bahawa kusrus ini memang banyak kerja untuk dilakukan . Namun kami hanya mengambil enteng perkara tersebut kerana penyelaras atau penasihat akademik menasihatkan kami agar mengambir kursus mengikut pakej yang telah ditetapkan oleh pihak universiti untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan nanti.
Setelah semester yang terakhir ini menjelma kami semua satu kelas terkejut melihat Dr. Normaliza. Bukan kerana perkara lain tapi kerana amaran-amaran yang diberikan oleh beliau kepada kami. Antara contohnya beliau paling tidak suka sekiranya ada diantara kami yang lambat masuk kelas dan sekiranya ada pembentangan akan diberikan markah kosong (time tu dah terkejut biawak betul)...
Lagi terkejut bila masuk kelas jer terus ada tugasan nak kena buat one shot (apa benda la tuh) video la plak...Kami semua memang terkejut sebab memang tak pernah dengar ada jugak video klip yang macam tu (biasalah budak sastera kan klasik sikit). Tapi bak kata orang tak kenal maka tak cinta..
Aku sebenarnya bersyukur jugak ada subjek ni walaupun pada mulanya memang rasa tak mampu nak teruskan sebab disebabkan oleh subjek ni kami semua down sebab nak fikirkan macam mana nak siapkan tugasan demi kumpulan kami dan diri kami sendiri kami gagahi jugak (redha katakan). Tapi akhirnya kalau difikirkan balik banyak faedah yang aku perolehi dengan kursus ini. Ini kerana sebelum ini banyak perkara yang aku tak tahu mengenai teknologi tapi sekarang dah kurang..
Lebih-lebih lagi pengetahuan tentang adobe photoshop, dulu aku pernah dengar jer tapi disebabkan subjek ni aku kena explore benda ni..Tapi akhirnya aku tahu menggunakan benda ni..Begitu jugak dengan app lain.. Rupanya makin bertambah kemahiran teknologi aku (terima kasih Dr. Normaliza)...Walaupun pernah bergurau nak culik dr supaya tak bagi kerja lagi (gurau jer Dr.) tapi apa yang dr arahkan supaya buat tu sememangnya memberi banyak manfaat kepada kami...
Sekarang kalau orang suruh ajarkan guna movie maker, adobe photoshop, proshow, publisher ke apa aku dah tahu dan kalau dalam resume aku nanti pon aku boleh masukkan perkara ni...
Akhir sekali, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Dr. Normaliza kerana sanggup ajar kami subjek ini, walaupun banyak kerja yang Dr. berikan kepada kami dan walaupun kami banyak merungut tentang itu tapi kami semua sedar yang semua itu hanyalah untuk kebaikan kami semua...Kami mohon agar Dr. dapat halalkan ilmu yang Dr. berikan dan maafkan segala kesalahan yang kami lakukan atau perkara yang pernah melukakan hati Dr..
TERIMA KASIH DR. NORMALIZA DAN MAAFKAN KAMI SEKIRANYA PERNAH MELUKAKAN HATI DR. SEPANJANG MENGAMBIL SUBJEK INI. SEMOGA SATU HARI NANTI KITA SEMUA DAPAT BERJUMPA LAGI...WALAUPUN DR. TAKKAN INGAT WAJAH KAMI SUATU HARI NANTI BILA KITA BERJUMPA NAMUN KAMI YANG AKAN MENEGUR DR. DAHULU DAN KAMI AKAN PASTIKANNYA DR. TERIMA KASIH DR. ATAS DIDIKAN DR..,KAMI SEMUA SAYANG DR. NORMALIZA...
No comments:
Post a Comment