Buku
Wacana Bahasa telah ditulis oleh Prof. Madya Dr.Normaliza Binti Abdul Rahim dan
telah diterbitkan oleh Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala
Terengganu. Buku ini mengandungi sembilan bab kesemuanya iaitu Bab pertama
ialah tentang Teater Kanak-Kanak. Dalam bab ini penulis membicarakan tentang penggunaan
Teater Kanak-kanak sebagai aktiviti yang kurang di gemari oleh kanak-kanak
kerana mereka tidak pernah diperkenalkan tentang teater ini kerana ianya tiada dalam sukatan
pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Oleh itu, penulis berharap agar
penggunaaan teater ini mempu menarik minat kanak-kanak disamping meningkatkan
keyakinan mereka dalam menyuarakan pendapat mereka tentang teater ini.
Teater
diberikan pendedahan untuk memberikan peluang kepada kepada kanak-kanak untuk
melihat dan mengalami sendiri realiti setiap watak dalam cerita seperti
penukaran pakaian, asas solekan yang dilakukan dalam kumpulan yang kecil.
Disamping itu, dapat melahirkan semangat kerjasama diantara ahli kumpulan itu
sendiri. Pelajar juga diminta untuk meneliti watak dan ini bermakna mereka
mampu mengalami sendiri watak dan perwatakan seperti yang diinginkan. kajian
dan respon yang diperolehi oleh penulis juga adalah baik dan dengan teater juga
mereka mampu mempunyai ruang untuk berbincang dan mendengar pandangan atau
kritikan daripada ahli kumpulan.
Manakala
bab dua pula menceritakan tentang penggunaan media teknologi. Media merupakn
teknologi yang kian menbangun dan perkembangan tersebut sentiasa mendapat
sambuntan yang baik daripada masyarakat termasuklah masyarakat di seluruh
dunia. Penulis telah menjelaskan bahawa masyarakat yang berada di bandar lebih
terdedah dengan teknologi ini namun masyarakata yang berada di luar atau
kawasan pedalaman tidak mendapat pendedahan yang banyak kerana kemudahan yang
mereka perolehi tidak banyak. Teknologi pada masa sekarang merupakan satu
kemestian dan ianya akan membawa kebaikan sekiranya berada dalam dunia
pekerjaan pada masa yang akan datang. Kajian yang dilakukan oleh pengkajia terhadap
penggunaan Facebook dan Youtube oleh para pelajar mendapat respon yang baik dan
data tersebut dikutip melalui komen yang diletakkan oleh mereka pada ruangan
komen yang disediakan dalam kedua-dua aplikasi ini. Selain itu, kajian yang
dilakuakn oleh pengkaji mendapati bahawa para pelajar tersebut menggunkan
kedua-dua aplikasi ini secara aktif dan dapat menambahkan pengalaman mereka
terhadap penggunaan teknologi ini dan teknologi yang lain kerana mereka telah
mempunyai asas tentang pengendalian teknologi ini.
Bab
ketiga pula merupakan bab yang menceritakan tentang penulisan papan cerita.
Dalam vbab ini penulis lebih berfokuskan papan cerita tentang pantun yang
merupakan salah satu genre Kesusasteraan Melayu lama. Walaupu ianya telah lama
namun pantun masih lagi digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat. Objektif
kajian penulis juga adalah untuk mengenal pasti jenis pantun dan membincangkan
perbualan pelajar mengenai perisian pantun ini. Penulis juga mendapati bahawa
dengan perisian yang digunakan maka nilai-nilai murni dan estetika yang
terdapat dalam pantun tersebut telah mampu menarik minat pelajar untuk
mendalami pantun Melayu tersebut. Selain itu, perisian tersebut juga dapat
memberikan peluang kepada pelajar untuk mencuba perkara-perkara yang baru dan
mereka juga tidak segan dan diberikan galakan untuk memberi kritikan tentang
pantun. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa perisian tersebut telah memberi
manfaat dan diharapkan agar mampu menarik minat masyarakat untuk lebih
mengenali pantun yang sudah lama ditinggalkan oleh masyarakat Melayu.
Bab
keempat pula bab yang khusus tentang Pantun Melayu. pengkaji telah memberikan
definisi yang khusus tentang maksud pantun terlebih dahulu. Definisi tersebut
kemungkinan dapat membantu pembaca memahami pantun Melayu secara lebih
mendalam. Ini kerana, tanpa memahami maksud pantun maka pembaca akan mengalami
kesukaran untuk memahami kandungan penulisan yang cuba disampaikan oleh penulis
itu sendiri. Pelajar juga dapat meluangkan masa denagn bertanyakan rakan sebaya
tentang bait-bait pantun yang tidaka dapat mereka tafsirkan. secara tidak
langsung, ianya dapat menarik minat pelajar tersebut dan pelajar lain untuk
mendalami pantun secara lebih serius. Pandangan dan ujaran yang bertepatan yang
diberikan oleh pelajar dapat menunjukkan bahawa mereka berminat dan sudah mula
memahami pantun yang cuba disampaikan oleh masyarakat Melayu pada ketika
dahulu. Perisian yang digunakan untuk memperkenalkan pantun kepada pelajar juga
dapat didedahkan kepada pelajar luar negara kerana dengan teknologi segala
maklumat berkaitan dengan pantun dapat diperolehi dengan lebih baik.
Bab
kelima ialah bab yang membincangkan tentang sajak Melayu. Sajak Melayu juga
merupakan genre kesusasteraan Melayu yang diwariskan oleh masyarakat dahulu
kala kepada generasi sekarang. Kajian tentang pantun ini buukan sahaja
dimanfaatkan oleh pengkaji dalam negara malahan telah mendapat sambutan oleh
pengkaji luar negara. Ini dapat menunjukkan
bahawa betapa bernilainya sajak Melayu yang diwariskan kepada kita ini.
Kajian-kajian yang dilakukan terhadap sajak Melayu ini dapat menunjukkan bahawa
sajak Melayu mempunyai nilai yang ingin disampaikan dan diharapkan dapat
difahami oleh masyarakat. Malahan perbincangan dalam kumpulan terhadapa sajak
Melayu ini dapat memberikan ruang kepada pelajar untuk meluahkan pemahaman
mereka terhadap sajak Melayu. Dalam kajian ini juga, setiap kumpulan memberikan pandangan yang berbeza terhadap
stanza sajak Melayu. Ini kerana setiap manusia mempunyai pemikiran yang berbeza
begitu juga pemahaman mereka terhadap sajak Melayu. Kajian yang dilakukan oleh
pengkaji ini juga memberikan peluang kepada masyarakat luar untuk memahami
sajak Melayu melayu dengan menjadikan kajian ini sebagai panduan.
Seterusnya
ialah bab keenam yang membicarakan tentang kata kerja dalam cerita binatang.
Kajian ini mengambil kira pelajar yang mempunyai sindrom Asperger di Malaysia
yang merupakan golongan istimewa. Penulis membuat kajian untuk mengetahui
penggunaan kata kerja ini dalam kalangan mereka. Lebih-lebih lagi golongan ini
merupakan antara golongan yang memerlukan perhatian orang dewasa yang lebih
kerap kerana keterbatasan upaya mereka itu. penulis mendapati bahawa pelajar
ini lebih suka melakukan perulangan dalam cerita sosial . Ini juga bertepatan
dengan objektif kajian pengkajia iaitu untuk mengenalpasti cerita sosial serta
membincangkan cerita sosial dalam kalangan pelajar ini. Melalui kajian ini,
pelajar mampu melakukan lakonan semula
babak-babak yang dipertontonkan kepada mereka. Secara tidak langsung ianya
dapat meningkatkan keyakinan para pelajar tersebut. Kajian yang dilakukan ini
bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar tersebut malahan dapat memberi
manfaat kepeda pihak sekolah, ibu bapa dan guru. Ini kerana kajian ini dapat
melahirkan pelajar yang lebih berkeyakinan dan mampu menyuarakan pendapat
mereka dalam penceritaan tersebut. Ini dapat membuktikan bahawa pelajar
istimewa juga mampu melakukan perkara sepertimana pelajar biasa. Bukan itu
sahaja, galakan yang mereka terima sepanjang kajian ini dilakukan juga dapat
menarik minat mereka terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling
mereka.
Bab
ketujuh ialah bab yang membicarakan tentang antonym bahasa Melayu. Pengkaji
telah menyatakan bahawa antonim ini merupakan tajuk yang paling digemari di
sekolah dan telah dapat dibuktikan apabila pelajar dapat menjalankan kuiz yang
berbentuk antonim ini. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang menjadi pilihan
pelajar di luar negara untuk dipelajari sebagai bahasa kedua dan pergaulan
diantara pelajar Melayu dengan pelajar lain di luar negara telah membolehkan
mereka menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan seharian. Kajian ini juga
mendapati bahawa bangsa Melayu juga mampu mempertahankan bahasa mereka walaupun
telah lama menetap di luar negara. Kajian ini mendapati bahawa banyak kosa kata
atau perkataan baharu yang perlu diajarkan kepada pelajar luar terutamanya
pelajar Korea agar mereka memahami konsep bahasa Melayu yang cuba disampaikan
kepada mereka.
Bab
kelapan ialah bab yang menceritakan tentang penerapan nilai sosial melalui lakonan cerita. Pengkaji berpendapat
bahawa penerapan nilai sosial melalui lakonan cerita merupakan cara untuk
membantu pelajar yang mempunyai sindrom Asperger dalam menjalani kehidupan seharian
mereka. Pengkaji juga menyatakan bahawa sentuhan yang berbentuk pelukan
merupakan aspek yang penting kerana dapat meningkatkan keyakinan dalam diri
anak-anak yang menghidap sindrom ini. Penerapan nilai murni tersebut dapat
memastikan atau mengajar mereka tentang pemahaman nilai yang cuba diajarkan
kepada mereka walaupun ianya mengambil masa yang lebih lama berbanding pelajar
biasa. Kesemua cerita yang diperkenalkan kepada para pelajar tersebut dapat
menunjukkan bahawa mereka memahami konsep nilai sosial dan diharapkan agar
mereka dapat dibekalkan dengan pelbagai aktiviti sebegini agar mereka dapat
menyesuaikan diri pada masa hadapan.
Akhir
sekali ialah bab kesembilan yang menyentuh tentang nilai murni dalam peribahasa
Melayu. Peribahasa telah dinyatakan oleh pengkaji sebagai satu cara penyampaian
maklumat dengan menggunakan bahasa yang halus dan memerlukan pengertian yang
mendalam. Peribahasa yang menjadikan nilai sebagai aspek utamanya sebenarnya
dinyatakan untuk memberi pemahaman terhadap nilai tersebut dan untuk memastikan
masyarakat mengetahui nilai yang cuba disampaikan kepada mereka. Pengkaji
mendapati bahawa kajian yang dilakukan oleh beliau telah memberi manfaat kepada
pelajar Korea yang mempelajari bahasa Melayu dan peribahasa merupakan salah
satu cara untuk menyampaikan nilai murni tersebut.
Kesimpulannya,
buku wacana bahasa ini ialah buku yang lebih berfokuskan kajian-kajian
terhadap bahasa Melayu dengan menjadikan sajak,peribahasa, pantun dan
sebagainya sebagai aspek kajian pengkaji. Malahan kajianyang dilakukan oleh
pengkaji ini juga diharapkan dapat memberikan manfaat kepada pelajar tidak kira
pelajar dalam negara mahupun luar negara.
No comments:
Post a Comment